Saturday 28 December 2013

Maklumat Lanjut: Konsep Dropship

Konsep dropship ialah :

1. Anda jual produk-produk kami online/offline

2. Boleh copy gambar-gambar dan keterangan yang kami sediakan dalam Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris di blog kami http://kalungbidadari.blogspot.com/

3. Anda terima harga jualan dari pelanggan anda dan anda berikan kami harga dropship saja. Beritahu kami produk yang dibeli oleh pelanggan anda dan sertakan nama, alamat penghantaran dan no telefon pelanggan anda untuk tujuan kiriman barang

4. Kami akan hantar barang yang dibeli kepada pelanggan anda dan tulis nama anda sebagai pengirim

Anda tidak perlu modal untuk menjalankan bisnes ini. Anda tak perlu beli barang untuk simpan sebagai stok. Anda tak perlu bungkus barang dan pergi ke Pejabat Pos untuk kirim barang. Anda tak perlu tunggu bayaran komisyen dari kami kerana anda telah ambil komisyen anda sendiri sebelum bayar pada kami.

Contoh : Pelanggan anda beli produk yang berharga RM48 dan bayar pada anda. Anda cuma bayar harga dropship RM34 pada kami. Anda telah ambil komisyen anda RM14. Kami akan kirimkan barang kepada pelanggan anda dengan Poslaju dalam masa 2 hari bekerja dengan nama anda sebagai pengirim.

Setiap belian akan mendapat kotak hadiah percuma yang kami bungkus dalam bubble wrap atau padded envelope.

Kami ada 'warranty against manufacturing defects' dan kerosakan sewaktu penghantaran. Sekiranya ada kecacatan atau kerosakan pada produk sewaktu diterima, boleh pulangkan dalam masa 7 hari dan kami akan ganti dengan yang baru.

Berikut adalah harga jualan kami, harga dropship, jumlah serta peratus keuntungan agen dropship bagi setiap barang yang terjual.


Harga Jualan    Harga Dropship   Jumlah Untung Agen Dropship dan %

 -  AKAN DIDEDAHKAN KEPADA AGEN DROPSHIP SAJA  -
   


Untuk makluman, produk kami akan ditambah lagi dalam masa beberapa minggu yang akan datang dan kami akan kemaskini senarai harga jualan dan harga dropship kerana ada di antara produk-produk baru nanti yang akan mempunyai tangga harga yang berbeza dan lebih tinggi dari yang ada sekarang dan keuntungan dropship juga meningkat.

Sekiranya anda berminat untuk menjadi agen dropship kami, sila email kalungbidadari@gmail.com dan nyatakan nama serta laman web promosi sekiranya anda menjual online (offline pun ok).

Anda boleh juga hubungi kami melalui Contact Form di bahagian atas sebelah kanan blog ini. Kami akan emailkan senarai harga dropship dan anda boleh mula menjana pendapatan baru, tanpa sebarang yuran dan tanpa sebarang modal.

Selamat Berniaga dan Selamat Tahun Baru 2014!

Program Dropship Kalung Bidadari
http://kalungbidadari.blogspot.com/

No comments:

Post a Comment